Rabu, 16 Mei 2012

Kaedah Kawalan Rumpai


( Sumber : RISDA Pulau Pinang )
Menggunakan Racun Rumpai

    1. Gunakan racun rumpai apabila anak getah telah mempunyai kulit berwarna perang setinggi 30 sm dari permukaan tanah.
    2. Gunakan alat pelindung semburan racun apabila menggunakan racun jenis serap supaya kecederaan pokok dapat dikurangkan.

Secara Manual (Mencangkul)

    1. Dilakukan pada peringkat awal selepas menanam kerana anak getah boleh dicederakan oleh racun kimia.
    2. Memerlukan tenaga buruh yang banyak.

Kawalan Rumpai Di Kawasan Getah Muda

    1. Kawal rumpai di keliling pangkal pokok atau sepanjang lorong tanaman, dilakukan secara bulatan sehingga 1 meter dari pangkal pokok.
    2. Kawal rumpai pada barisan tanaman selebar 2 meter dan bertambah secara beransur-ansur kepada 3 meter apabila kanopi pokok membesar.
    3. Kawalan rumpai antara barisan tanaman dilakukan dengan menebas atau meracun.

Racun Rumpai Untuk Kebun Getah

    1. Racun yang selamat digunakan bagi tahun pertama adalah racun sentuh seperti paraquat.
    2. Racun jenis sentuh mengakibatkan pertumbuhan semula rumpai yang cepat dan perlu meracun sehingga 6 pusingan setahun.
    3. Racun jenis serap seperti Roundup dapat mengurangkan kekerapan meracun.

Panduan Menggunakan Racun Rumpai Secara Berkesan

Sebelum penyemburan racun rumpai:
    1. Mengetahui jenis rumpai.
    2. Menentukan jenis racun rumpai yang sesuai.
    3. Menggunakan dos atau kuantiti mengikut syor.
    4. Masa yang sesuai iaitu kebiasaannya pada waktu pagi dan cuaca baik.
    5. Merancang arah penyemburan bagi mengelakkan pertindihan semburan.
    6. Menggunakan air bersih.
    7. Menggunakan saiz muncung penyembur yang sesuai.
    8. Memastikan alat penyembur dalam keadaan baik.

Sumber RISDA Pulau Pinang :
http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan%20Pekebun%20Kecil%20-%20Getah.html#Tajuk2

Ahad, 13 Mei 2012

Cantuman Getah

1) Cara-cara mendapatkan mata tunas yang baik.

2) Cara-cara mencantum mata tunas.


Sumber dari Youtube :adminyahim

Sabtu, 12 Mei 2012

Anak Getah 350 & KT Untuk Dijual

Anak Getah 350 & KT Untuk Dijual

NZ Semaian membekalkan anak-anak getah klon 350 dan KT siap untuk jualan.
Harga mengikut pasaran semasa (Boleh dirunding)
Berminat sila hubungi:-
Zaki 019-5046424 @ Azizan 013-4148608
Lokasi :
Kampung Telaga Batu ( Lrg. Bakar Sampah),
Jalan Padang Sanai,
06300 Kuala Nerang, Kedah