( Sumber : RISDA Pulau Pinang )
Menggunakan Racun Rumpai
- Gunakan racun rumpai apabila anak getah telah mempunyai kulit berwarna perang setinggi 30 sm dari permukaan tanah.
- Gunakan alat pelindung semburan racun apabila menggunakan racun jenis serap supaya kecederaan pokok dapat dikurangkan.
Secara Manual (Mencangkul)
- Dilakukan pada peringkat awal selepas menanam kerana anak getah boleh dicederakan oleh racun kimia.
- Memerlukan tenaga buruh yang banyak.
Kawalan Rumpai Di Kawasan Getah Muda
- Kawal rumpai di keliling pangkal pokok atau sepanjang lorong tanaman, dilakukan secara bulatan sehingga 1 meter dari pangkal pokok.
- Kawal rumpai pada barisan tanaman selebar 2 meter dan bertambah secara beransur-ansur kepada 3 meter apabila kanopi pokok membesar.
- Kawalan rumpai antara barisan tanaman dilakukan dengan menebas atau meracun.
Racun Rumpai Untuk Kebun Getah
- Racun yang selamat digunakan bagi tahun pertama adalah racun sentuh seperti paraquat.
- Racun jenis sentuh mengakibatkan pertumbuhan semula rumpai yang cepat dan perlu meracun sehingga 6 pusingan setahun.
- Racun jenis serap seperti Roundup dapat mengurangkan kekerapan meracun.
Panduan Menggunakan Racun Rumpai Secara Berkesan
Sebelum penyemburan racun rumpai:
- Mengetahui jenis rumpai.
- Menentukan jenis racun rumpai yang sesuai.
- Menggunakan dos atau kuantiti mengikut syor.
- Masa yang sesuai iaitu kebiasaannya pada waktu pagi dan cuaca baik.
- Merancang arah penyemburan bagi mengelakkan pertindihan semburan.
- Menggunakan air bersih.
- Menggunakan saiz muncung penyembur yang sesuai.
- Memastikan alat penyembur dalam keadaan baik.
Sumber RISDA Pulau Pinang :
http://www2.risda.gov.my/pulaupinang/Panduan%20Pekebun%20Kecil%20-%20Getah.html#Tajuk2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan